
SIMUNJAN: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan memaklumkan bahawa kerja penyambungan paip yang dijadualkan pada esok akan ditunda kepada Khamis ini.
Menurut JBALB dalam satu notis rasmi hari ini, penangguhan tersebut melibatkan kerja interconnection paip bersaiz 345mm HDPE di SMK Sri Sadong, Simunjan.
“Kerja ini telah ditunda kepada Khamis ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.
“Gangguan bekalan air dijangka akan menjejaskan kawasan sekitar Simunjan seperti Kampung Sual, Jalan Openg, Kampung Sekendu, Kampung Hijrah/Lot Hurah, IPD Simunjan, dan beberapa kampung lain termasuk seluruh kawasan Pasar Simunjan.
“Penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan,” katanya.
Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian Call Centre JBALB Sarawak di 082-262211 atau JBALB Samarahan Careline di 082-673809.