KUCHING: Seorang lelaki berjaya diselamatkan oleh orang awam apabila kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terbakar 100 peratus di bulatan Matang awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.42 pagi.
Komander Operasi memaklumkan ketika kejadian mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 6.10 pagi tadi.
Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan.
Kemalangan itu, bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain.
Oleh Mohd Neenatul Aizal