Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar 80 peratus, sepasang suami isteri selamat
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar 80 peratus, sepasang suami isteri selamat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PADAM… Pasukan bomba memadamkan kebakaran kereta di lampu isyarat Jalan Airport di sini,  petang tadi. Foto JBPM Sarawak.

MIRI : Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di lampu isyarat Jalan Airport di sini,  petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepasukan anggota dari BBP Lopeng digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan sekitar 6.22 petang tadi.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar dianggarkan 80 peratus semasa ketibaan pihak bomba akibat daripada terbakar kendiri di tengah jalan.

“Terdapat dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dalam keadaan selamat,” katanya.

Punca serta kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bangunan rumah kedai terbakar, tiada mangsa dilaporkan
Next: Enjin kereta terbakar sepenuhnya, tiada kecederaan dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.