Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbabas dalam parit, warga emas selamat
  • KEMALANGAN

Kereta terbabas dalam parit, warga emas selamat

Utusan Sarawak 2 months ago
DETIK CEMAS… Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Salim, Sibu petang tadi. -Foto kredit Bomba

SIBU: Pasangan warga emas terselamat selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam parit dalam kejadian di hadapan Pasar Raya Farley, Jalan Salim petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.51 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza telah terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan bomba hanya membantu mengeluarkan penumpang kenderaan sebelum menyerahkan mereka kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke Hospital Sibu bagi pemeriksaan lanjut.

OLEH TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Pasangan suami isteri cedera dalam kemalangan di Simpang Saratok
Next: Warga emas maut kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.