Kereta musnah terbakar dalam kemalangan kendiri di Taman Tunku

Facebook
WhatsApp
MUSNAH…Pasukan Bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Taman Tunku di Miri, awal pagi tadi. 

MIRI: Sebuah kereta musnah terbakar dalam satu kemalangan kendiri di Taman Tunku di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 2.03 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar seratus peratus dipercayai akibat kemalangan kendiri.

“Pemandu kenderaan tersebut telah dibawa oleh ambulans sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran itu  menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air dari tangki jentera.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis