Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Miri
  • KEBAKARAN

Kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
PADAM…Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terbakar di Jalan Sukan, Miri malam tadi.

MIRI: Sebuah kereta musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Jalan Stadium Tertutup, Jalan Sukan di sini, malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 8.26 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan sedang terbakar 100 peratus,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera bomba.

PADAM…Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terbakar di Jalan Sukan, Miri malam tadi.

“Api berjaya dikawal pada 8.43 malam sebelum dipadam sepenuhnya dan keadaan disahkan selamat,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.51 malam selepas pemeriksaan lanjut dilakukan bagi memastikan tiada risiko kebakaran semula.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pacuan empat roda musnah terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo, pemandu selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.