Kereta mewah musnah terbakar di Jalan Jee Foh 10

Facebook
WhatsApp
MUSNAH… Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta mewah dalam kejadian di Jalan Jee Foh 10 di Miri, petang ini. Foto BBP Miri Sentral

MIRI: Kereta mewah jenis Toyota Camry musnah terbakar  dalam satu kejadian di Jalan Jee Foh 10 di sini petang ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bergegas ke lokasi.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian,  didapati kereta mewah jenis Toyota Camry yang diletakkan di tepi jalan telah terbakar hampir 100 peratus,” katanya.

MUSNAH… Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta mewah dalam kejadian di Jalan Jee Foh 10 di Miri, petang ini. Foto BBP Miri Sentral

Katanya, dua pasukan bomba berjaya memadam kebakaran kereta itu  menggunakan satu aliran hos salur bantu mula daripada pam jentera dengan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.10 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.27 petang.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Oleh Liong Chai Ling