Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kerajaan Thailand rampas 270 kg ganja
  • GLOBAL

Kerajaan Thailand rampas 270 kg ganja

Utusan Sarawak 5 years ago
AWASI KAWASAN…Pihak polis mengawasi sekitar Sungai Mekong.• Foto AFP

BANGKOK: Wilayah timur laut Thailand, Nakhon Phanom, semalam menyiarkan imej 270 kilogram (kg) ganja kering yang dirampas pihak berkuasa.

Polis, dalam satu sidang media memaklumkan daun ganja kering yang ditemui pegawai pengawal sempadan itu diletakkan dalam lapan beg plastik hitam berdekatan tebing sungai Mekong.

Beg berkenaan mengandungi 270 ketulan mampat ganja, yang setiap satunya seberat satu kg.

Polis berkata, beg berkenaan diseludup menyeberangi sungai Mekong dalam bot panjang ke sebelah Thailand dan hanya menunggu masa untuk dihantar.

Pihak berkuasa juga mengesahkan tiada sesiapa ditemui di lokasi kejadian ketika mereka tiba. Sebelum ini, hampir dua tan ganja dirampas di Nakhon Phanom pada Ogos lalu.

Penggunaan ganja dan memiliki ganja tanpa lesen menjadi satu kesalahan di Thailand serta boleh dikenakan hukuman yang berat. – AFP

Continue Reading

Previous: Arab Saudi pintas peluru berpandu, dron Yemen
Next: Covid-19 ragut lebih 921,600 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.