Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan sedang laksana langkah kukuh atasi kesan tarif AS
  • BISNES

Kerajaan sedang laksana langkah kukuh atasi kesan tarif AS

Utusan Sarawak 1 month ago
TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata beberapa langkah sedang dilakukan kerajaan, termasuk oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), untuk mengatasi implikasi tarif yang dikenakan oleh AS.

“Antaranya adalah pengaktifan Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), dengan MITI sedang menjalankan kajian impak sektor yang menumpukan kepada sektor eksport utama ke AS. Hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada NGCC, yang dijangka bersidang tidak lama lagi,” katanya pada sidang media mengenai kesan tarif AS di sini, Isnin.

Beliau berkata MITI juga telah menubuhkan pasukan petugas untuk menguruskan tarif AS, menyasar untuk mengumpul maklum balas daripada kalangan pihak berkepentingan utama termasuk wakil daripada sektor swasta.

Pasukan petugas itu berusaha untuk meminimumkan kesan tindakan unilateral AS terhadap eksport dan pelaburan Malaysia, katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran saham Asia merudum susulan tindakan tarif Trump
Next: Malaysia minta penjelasan AS berhubung tarif 24 peratus – Tengku Zafrul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.