Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak raikan tetamu kehormat terlibat SUKMA di Royal Cruise
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak raikan tetamu kehormat terlibat SUKMA di Royal Cruise

Utusan Sarawak 11 months ago
KETUA Kontinjen atau Chef de Mission (CDM) serta Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) negeri-negeri yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 diraikan dalam majlis makan malam anjuran kerajaan Sarawak.

KUCHING: Ketua Kontinjen atau Chef de Mission (CDM) serta Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) negeri-negeri yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 diraikan dalam majlis makan malam anjuran kerajaan Sarawak, semalam.

Pengalaman yang sukar dilupakan apabila delegasi ini diraikan dalam satu majlis makan malam yang diadakan di atas kapal persiaran Royal Cruise dan mereka dibawa bersiar-siar menyelusuri Sungai Sarawak.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selain disajikan dengan makanan tradisional Sarawak seperti ayam pansoh, umai serta sayur midin, delegasi juga berpeluang menyaksikan keindahan panorama Bandaraya Kuching pada waktu malam.

Detik semakin mengujakan apabila para delegasi berpeluang menyaksikan persembahan warna-warni Air Pancut Muzikal Darul Hana yang begitu mengujakan.

Sebelum berakhir, para tetamu menerima cenderamata yang disampaikan oleh Dato Sri Abdul Karim.

Untuk rekod, kedatangan delegasi CDM serta Pengarah-Pengarah MSN negeri-negeri lain ke Sarawak bertujuan untuk mendengar taklimat berhubung penganjuran SUKMA XXI Sarawak 2024 dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Selain itu, mereka juga akan melawat fasiliti-fasiliti sukan yang akan digunakan semasa temasya itu berlangsung kelak.

Continue Reading

Previous: Kementerian Pengangkutan usaha kurangkan kesan pembinaan Garis Merah
Next: Warga kerja perlu peka inisiatif  kerajaan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.