Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak peruntukkan RM400,000 baiki sekolah di Mulu
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak peruntukkan RM400,000 baiki sekolah di Mulu

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Gerawat Gala menyampaikan plug kepada salah seorang murid pada majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Long Banga di Dewan Masyarakat Kampung Long Banga baru-baru ini.

BARAM: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana sebanyak RM400,000 untuk membaik pulih sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, meskipun bidang pendidikan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Sarawak tetap menyalurkan dana bagi tujuan baik bulih sekolah-sekolah.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Long Banga di Dewan Masyarakat Kampung Long Banga pada Rabu.

Datuk Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menambah, Kerajaan Sarawak kini dalam proses untuk membangunkan lima sekolah antarabangsa di negeri ini.

Dalam program sama, beliau turut menyerahkan sumbangan Projek Kecil Luara Bandar (MRP) untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Banga sebanyak RM10,000.

Katanya lagi, Kerajaan Sarawak sentiasa membantu dalam membaik pulih kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar.

Continue Reading

Previous: “Mudah-mudahan peruntukan ditambah” – Abang Johari
Next: PPMW5 patahkan cubaan seleweng 10,000 liter diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.