Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak peruntuk RM15 juta laksanakan Program DLP
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak peruntuk RM15 juta laksanakan Program DLP

Utusan Sarawak 2 years ago
Sarawak merupakan negeri yang pertama melaksanakan program tersebut bagi pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bagi sekolah rendah.

KUCHING: Kerajaan Sarawak setakat ini telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, peruntukan itu bagi menampung perbelanjaan bahan pengajaran dan pembelajaran, latihan dan lain-lain perkara.

Menurut beliau, Sarawak merupakan negeri yang pertama melaksanakan program tersebut bagi pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bagi sekolah rendah.

“Sarawak merupakan negeri yang pertama melaksanakan pengajaran subjek Matematik dan Sains di 1,265 sekolah rendah. Sekarang ini kita telah berada di tahap darjah empat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ucapan penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Katanya lagi, pemantauan dan penilaian telah dijalankan ke semua sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

“Pemantauan dan penilaian dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui penubuhan pasukan petugas khas. Sehingga kini, sebanyak 1,101 lawatan penilaian telah dibuat oleh pasukan petugas itu termasuk 3,111 daripada 5,200 guru yang dilatih,” katanya.

Jelasnya, penambahan guru terlatih akan dipertingkatkan kerana program tersebut akan dilaksanakan untuk pelajar darjah enam.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: TEGAS lancar Bootcamp Pra-Pemecut di TDV 12 – 18 Jun ini

Next: Sidang DUN: 21 bilik mahkamah dinaik taraf, diubahsuai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.