Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak peruntuk RM11 bilion bagi rangkaian Jalan Pesisir dan Jajaran Utama Kedua
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak peruntuk RM11 bilion bagi rangkaian Jalan Pesisir dan Jajaran Utama Kedua

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Ir. Aidil Lariwoo meninjau kemajuan tapak Projek Pakej A2 di Sebuyau, hari ini. 

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM11 bilion bagi pembangunan rangkaian Jalan Pesisir dan Jajaran Utama Kedua di seluruh negeri, mencerminkan komitmen jitu kerajaan dalam menyediakan infrastruktur moden bagi meningkatkan kesalinghubungan, merancakkan ekonomi, serta memendekkan masa perjalanan rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Datuk Ir. Aidil Lariwoo berkata, pelaburan besar itu mencakupi pembinaan jambatan-jambatan utama serta rangkaian jalan raya berkembar yang dilaksanakan secara serentak, yang mana kesemuanya dibiayai sepenuhnya oleh dana kerajaan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan tapak ke Projek Pakej A2, Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan Baharu ke Sebuyau, di sini, hari ini.

DATUK Ir. Aidil Lariwoo merakam gambar kenangan ketika mengadakan lawatan tapak ke Projek Pakej A2, Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan Baharu ke Sebuyau, di Sebuyau, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Aidil menjelaskan bahawa kerajaan negeri kini merancang menaik taraf jajaran Jalan Pakej A2 dari Kampung Sungai Ladong ke Jambatan Batang Lupar yang kini mencapai kemajuan fizikal 17 peratus kepada jalan berkembar dua lorong.

“Projek pembinaan jalan baharu sepanjang 28 kilometer ini mengalami sedikit kelewatan sekitar lapan peratus, namun pembinaan masih giat diteruskan. Kita merancang untuk menaik taraf keseluruhan jajaran ini kepada jalan berkembar dua lorong mengikut piawaian JKR R5 bermula dari Jambatan Batang Lupar sehingga ke Jambatan Batang Sadong, dan seterusnya bersambung ke Jambatan Batang Samarahan bagi memastikan kelancaran trafik,” ujar beliau.

Menurut Aidil, keunikan utama projek ini terletak pada pembinaan komponen jalan bertingkat (elevated road) yang akan menjadi antara jajaran terpanjang dalam sejarah pembinaan di Sarawak.

DATUK Ir. Aidil Lariwoo bercakap kepada media selepas meninjau kemajuan tapak Projek Pakej A2 di Sebuyau, hari ini. 

“Kita akan membina jalan bertingkat sepanjang 800 meter di kawasan Taman Negara Sebuyau serta jajaran 13 kilometer dari Jambatan Batang Sadong ke kawasan Moyan. Secara keseluruhan, kira-kira 14 kilometer jalan bertingkat akan dibina. Apabila siap nanti, ia akan menjadi antara jajaran jalan bertingkat paling panjang yang pernah dibina di negeri ini,” jelasnya.

Apabila keseluruhan rangkaian siap kelak, jarak perjalanan dari Jambatan Batang Lupar ke Jambatan Sejingkat di Kuching dijangka dapat dipendekkan kepada hanya 70 kilometer, dengan masa perjalanan sekitar satu jam sahaja.

Mengulas mengenai kos, Aidil menyatakan bahawa kontrak sedia ada melibatkan kos RM524 juta, sementara kos tambahan bagi penaiktarafan kepada jalan berkembar akan ditentukan selepas pelaksanaan lanjut diluluskan.

Beliau menambah, peruntukan RM11 bilion tersebut adalah khusus untuk program Jalan Pesisir dan Jajaran Utama Kedua Sarawak sahaja, dan ia belum termasuk projek pembangunan lain seperti koridor wilayah yang turut dilaksanakan di seluruh Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Penyusunan semula kepimpinan PDRM Sarawak perkukuh pentadbiran daerah
Next: Jalan Batang Lupar-Batang Lingga dijangka siap pertengahan 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.