Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak mahu pasang paip gas ke rumah, ganti tong gas
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak mahu pasang paip gas ke rumah, ganti tong gas

Utusan Sarawak 5 months ago

Abang Johari ketika meninjau tapak projek Paip Gas Perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) Miri, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Kerajaan Sarawak komited membekalkan gas memasak yang akan disalurkan ke rumah-rumah  rakyat menggunakan paip gas, bagi menggantinkan tong gas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, rakyat Sarawak akan menikmati kemudahan pemasangan paip gas percuma apabila  Petroleum Sarawak Berhad (Petros) mempunyai dana mencukupi untuk menampung kos tersebut.

Beliau berkata ketika ini pemasangan paip gas percuma hanya dilaksanakan di Miri iaitu projek perantis dan ditanggung oleh Petros.

“Kita mula dari Miri dulu, sebab Miri dah ada paip gas. Jika Miri ini berjaya, kita akan menganalisis kosnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan tapak projek paip gas Perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) Miri di Permyjaya di sini hari ini.

Abang Johari berkata projek pemasangan paip gas itu kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh Sarawak dengan Kuching menjadi lokasi kedua, sebaik hab tenaga bagi Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) diwujudkan. 

“Kos pemasangan ini lebih kurang RM3,000 (setiap rumah), tetapi buat masa ini (di Miri) pemasangan adalah percuma sepenuhnya. 

“Jika pendapatan kita bertambah, kita ada banyak gas dan kita juga ada pendapatan baru, apa salahnya kita bagi percuma kepada rakyat.  MDoakan sahaja supaya gas (pengeluaran) semakin banyak.

“Ini akan membantu meringankan beban rakyat kita juga, kerana mereka tidak perlu membeli tong gas lagi dan kadar gas juga murah. Apabila gas murah, kita juga boleh membantu kehidupan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, apabila ketiga-tiga hab tenaga di Miri, yang akan membekalkan gas ke Miri, Limbang dan Lawas;  Bintulu (wilayah tengah) dan Kuching (wilayah selatan) siap dan SGR dilaksanakan sepenuhnya, perniagaan juga boleh mula menggunakan paip gas.

“Kalau ada gerai, kita boleh pasang paip gas terus ke gerai.

“Kalau kita nak jadi negeri maju, kita kena terima keadaan ini. Semua negeri maju menggunakan infrastruktur gas paip,” jelasnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Jangan persoal keupayaan Sarawak urus sumber kekayaannya – Abang Johari
Next: CCGT Miri, pertama seumpanya di Asia Tenggara keluar tenaga bersih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.