Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak komited pastikan pembangunan menyeluruh demi kebajikan rakyat
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak komited pastikan pembangunan menyeluruh demi kebajikan rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAN Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar semasa berucap pada Program Jiwa@Komuniti Madani Sambutan Perayaan Komuniti Madani Kampung Sungai Laru di sebuah hotel terkemuka, hari ini. -Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat wilayah ini terutamanya dalam soal memastikan pembangunan menyeluruh di Bumi Kenyalang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, belanjawan tahun ini menyaksikan hampir RM16 bilion dibelanjakan untuk tujuan pembangunan.

“Tiada kerajaan seperti kerajaan Sarawak yang menjaga kesusahan rakyat dengan harapan untuk menyenangkan rakyat melalui projek-projek pembinaan jalan raya, jambatan serta projek-projek besar demi pembangunan di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jiwa@Komuniti Madani Sambutan Perayaan Komuniti Madani Kampung Sungai Laru di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Tambahnya, kerajaan Sarawak juga prihatin dalam isu-isu agama dan budaya dan ia dibuktikan dengan membenarkan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian di wilayah ini.

Jelasnya, agama Islam merupakan agama rasmi di negeri ini namun penganut agama lain bebas untuk menjalankan ibadah agama mereka yang tersendiri.

Katanya, keharmonian Sarawak adalah sesuatu yang perlu dibanggakan dan dipertahankan oleh anak negeri ini.

Malah tegasnya, kerajaan Sarawak juga melayan semua bangsa dengan sama rata tanpa melebihi mana-mana bangsa dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara kaum dalam keadaan yang baik dan harmonis.

“Sebagai contoh bangsa Iban dan Melayu, bagi saya bangsa Iban sama saja dengan Melayu, ‘nadai niki pinang, nadai niki nibong’, kita semua sama rata.

“Apa yang diberikan kepada komuniti Melayu, itu jugalah yang diberikan kepada komuniti Iban,” ujarnya.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dokumentasi bangunan bersejarah di Sarawak perlu diterbitkan secara digital
Next: Kemahiran asas menyelamat nyawa wajar dimiliki setiap anggota komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.