Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak dijangka tandatangan perjanjian ambil alih MASwings 12 Februari ini
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak dijangka tandatangan perjanjian ambil alih MASwings 12 Februari ini

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak dijangka menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings pada 12 Februari ini, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sektor penerbangan negeri.  

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mengumumkan perkara tersebut dalam majlis makan malam Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di Grand Margherita Hotel, di sini, semalam.

Menurut beliau, selepas perjanjian itu dimeterai, kerajaan negeri akan mengumumkan langkah seterusnya dalam pengurusan syarikat penerbangan tersebut.  

“Membangunkan sebuah syarikat penerbangan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. 

“Namun, kita berhasrat untuk memastikan syarikat ini dapat memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan udara antara Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia serta destinasi antarabangsa,” katanya.  

Beliau juga memaklumkan bahawa MASwings mungkin akan melalui proses penjenamaan semula selepas pengambilalihan selesai. 

Memiliki syarikat penerbangan sendiri, Sarawak berpeluang memperluaskan jaringan penerbangan ke bandar-bandar utama di Asia Tenggara dan seterusnya ke destinasi global.  

Pengambilalihan ini dijangka membuka lebih banyak peluang dalam sektor pelancongan dan ekonomi, selain memudahkan penganjuran acara sukan serta meningkatkan jumlah kedatangan pelawat ke negeri ini dalam tahun-tahun mendatang.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 3,921 individu terjejas banjir masih berlindung di PPS
Next: Sebar luas hasil penerbitan penyelidikan untuk manfaat masyarakat  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.