LAWATAN KERJA… Dato Sri Dr. Sim Kui Hian membuat lawatan kerja ke Wisma HDC, semalam.
KUCHING: Bantuan perumahan daripada Kerajaan Sarawak untuk golongan berpendapatan rendah adalah satu kejayaan sejak 2019, dengan 292 kes dianugerahkan kepada pemilik baharu dengan pembelian lebih dari RM4.18 juta.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, Sarawak memiliki autonomi Tribunal Perumahan di negara ini.
Pada Januari tahun ini, pemaju di bawah ke mahkamah kerana tidak mematuhi arahan tribunal untuk membayar pembeli rumah dalam masa 45 hari.
Beliau berkata, Kerajaan Sarawak telah membantu mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah.
Sejak 2021, Dr Sim berkata, Premier Sarawak telah meluluskan kadar faedah dari 5.5 peratus ke 1 peratus dan menyalurkan RM47 juta yang memanfaatkan 965 pembeli rumah mampu milik.
Dari Januari 2022, projek HDC meliputi rumah mampu milik seperti Spektra Permata, Spektra Lite dan Sri Pertiwi dan Spektra Mutiara do mana HDC menerima 666 permohonan berjumlah RM 2.8 juta.
HDC juga merupakan agensi pelaksana untuk program dengan maksima RM10 juta setahun. Pada 2020, program disegerakan dengan RM50 juta setahun tanpa faedah.
Sebanyak RM284 juta disalurkan kepada 836 rumah panjang dengan 18,265 pintu.
Bantuan sewa juga diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM2,130 sebulan di Kuching, Sibu, Bintulu and Miri dengan bayaran RM200 sebulan sehingga 36 bulan.
Setakat ini, 1,283 pemohon berjaya dengan RM163,450 dibayar terus kepada tuan rumah.
Oleh CONNIE CHIENG