Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UNIFOR sebahagian usaha kerajaan jaga kepentingan rakyat
  • WILAYAH

UNIFOR sebahagian usaha kerajaan jaga kepentingan rakyat

Utusan Sarawak 2 years ago

MANFAATKAN SEBAIKNYA......Dr Sim menyempurnakan majlis penyampaian geran UNIFOR di Sibu Eng Ann Teng Tua Peh Kong, petang tadi.

SIBU: Kerajaan Sarawak telah mengagihkan geran sebanyak RM38,400 kepada tiga pertubuhan bukan Islam dan Tua Pek Kong Sibu melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Kim Khor, Sibu Eng Ann Teng Tua Peh Kong Temple Charitable Trust dan Persatuan Tung Lok Sia masing-masing menerima geran RM12,800 untuk setiap pertubuhan.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah menyempurnakan majlis penyampaian geran tersebut di Sibu Eng Ann Teng Tua Peh Kong, petang tadi.

Dr Sim memberitahu, pemberian bantuan UNIFOR sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menjaga kepentingan semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Menurutnya dana itu untuk membantu pertubuhan-pertubuhan ini membayar bil utiliti mereka kerana pendapatan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang pandemik Covid-19.

“Kami amat berteima kasih kepada badan agama dan tempat ibadat atas kerjasama sepanjang pandemik Covid-19. Apabila kami minta mereka tutup, mereka akur dan tidak bertanya apa-apa lagi.

“Kerana mereka, kami dapat mengawal wabak di Sarawak,” ujarnya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Sibu Clarence Ting dan calon GPS bagi Parlimen Lanang Wong Ching Yong.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 82 kawasan laksana perkhidmatan 5G pertama
Next: Kerjasama tonggak kemenangan GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.