Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan Persekutuan teruskan subsidi perjalanan laut antara Labuan, Sabah, Sarawak
  • NASIONAL

Kerajaan Persekutuan teruskan subsidi perjalanan laut antara Labuan, Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 1 year ago

LABUAN: Kerajaan Persekutuan kekal komited menyalurkan subsidi tahunan sebanyak RM7 juta bagi pengguna pengangkutan laut yang berulang-alik antara Labuan, Sabah dan Sarawak pada 2024.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perbadanan Labuan (LC) berkata, subsidi itu yang dilaksanakan sejak 2014 khusus untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan melalui laut ke dan dari pulau itu.

Peruntukan itu bagi menampung 50 peratus daripada tambang penumpang feri dan bot laju, menurut LC.

Laluan bersubsidi itu merangkumi Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata, subsidi perjalanan laut itu bukan sahaja meringankan beban kewangan kepada penumpang di Sabah tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna dari Sarawak yang melakukan perjalanan serupa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Next: PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi – SPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.