Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Persekutuan digesa bantu kerja pengorekan Sungai Batang Rajang, Batang Igan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerajaan Persekutuan digesa bantu kerja pengorekan Sungai Batang Rajang, Batang Igan

Utusan Sarawak 2 months ago
PANTAU… Dato Sri Tiong King Sing semasa melakukan lawatan ke PPS Dewan Komuniti Sibu, hari ini.

SIBU: Kerajaan Persekutuan digesa supaya membantu kerja-kerja mengorek Sungai Batang Rajang dan Batang Igan bagi mengurangkan masalah banjir di Sibu.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Tiong King Sing memberitahu bahawa perbincangan mengenai perkara tersebut telah diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Kerja-kerja pengorekan ini mesti dijalankan, kita boleh lihat di Bintangor dan Sarikei air tidak dapat mengalir hingga menyebabkan banjir apabila hujan berterusan selama beberapa hari.  

“Isu sama juga berlaku di Dudong (Sibu), yang mana air dari Kapit terkumpul dan tidak dapat disalurkan ke laut. 

“Saya yakin sekiranya pengorekan dijalankan, kemungkinan banjir di Sibu akan dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Sibu Jaya, petang tadi.

Selain itu, Tiong turut menggesa orang ramai supaya menghulurkan bantuan serta sumbangan bekalan penting kepada mangsa yang terjejas di PPS.

“Walaupun jabatan kebajikan ada memberikan bantuan, ia mungkin tidak mencukupi, justeru mereka yang berkemampuan perlu membantu,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi feri diteruskan hingga 12.00 tengah malam sempena Aidilfitri
Next: Cadangan projek tebatan banjir, naik taraf Jalan Kubal akan diteliti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.