Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan muktamadkan garis panduan berkaitan laluan kenderaan mikromobiliti
  • NASIONAL

Kerajaan muktamadkan garis panduan berkaitan laluan kenderaan mikromobiliti

Utusan Sarawak 2 years ago

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang memperincikan mengenai pembangunan dan reka bentuk laluan bagi kenderaan tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata garis panduan itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti iaitu jenis moped, personal mobility devices (PMD) dan personal mobility aids (PMA).

“Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan dalam merancang, membangunkan dan mereka bentuk laluan kenderaan mikromobiliti di kawasan pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu.

“Dalam hubungan ini, pihak-pihak yang berkuasa berkenaan hendaklah menyediakan suatu infrastruktur jalan yang selamat bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti tersebut, berdasarkan kepada garis panduan yang telah dibangunkan atau ditetapkan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin tahu solusi untuk pengusaha perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti yang terjejas pendapatan akibat penguatkuasaan undang-undang larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya.

Di samping itu, Hasbi berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka satu keperluan spesifikasi atau program penilaian keselamatan berhubung kenderaan mikromobiliti, selain melihat keperluan mewujudkan satu standard atau piawaian kenderaan itu.

“Shah Alam melalui Majlis Bandaraya Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi pertama pengujian atau lebih dikenali sebagai sandbox bagi menguji pakai kesemua garis panduan ini. Garis panduan dan projek sandbox ini akan dirasmikan pada 12 Mac 2023 di Shah Alam,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal – KPDN
Next: MARTS laksana simulasi komunikasi MY-PTP 18 Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.