Kerajaan lulus RM3 juta tambah baik Hospital Umum Sarawak

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir bergambar dengan pesakit-pesakit kronik yang memerima sumbangan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Speta Beraya’ Hospital Umum Sarawak malam ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menambah baik serta menaik taraf Hospital Umum Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata peruntukan itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf fasiliti hospital serta inisiatif perolehan aset.

SUMBANGAN… Dato Sri Fadillah Yusof menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Speta Beraya’ Hospital Umum Sarawak malam ini. Foto BERNAMA

“Usaha tambah baik hospital ini bukan hanya kita lakukan untuk keselesaan para pekerja hospital semata-mata tetapi juga untuk pesakit yang mengunjungi hospital.

“Setelah berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri kita setuju untuk memberikan peruntukan itu,” katanya semasa berucap pada majlis ‘Speta Beraya’ Hospital Umum Sarawak di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. – Bernama