Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan Johor kaji kadar baharu gaji penjawat awam
  • NASIONAL

Kerajaan Johor kaji kadar baharu gaji penjawat awam

Utusan Sarawak 1 year ago
 MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua, kiri) menyerahkan replika cek kepada Ketua Komuniti Air Baloi Dawik Mohamad Ali (dua, kanan) bagi Peruntukan Rancangan Johor 5 Tahun (RJ5T) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor (JOSFA) dan Jamuan Hari Raya di sebuah hotel, malam tadi. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip (kiri) dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Johor Datuk Mohamad Dolmat (kanan). FotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor sedang mengkaji kadar baharu gaji penjawat awam di negeri itu selaras dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Dari segi penjawat awam untuk negeri Johor, Insya-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi kita perlu lagi kaji untuk memastikan dari segi kedudukan kewangan kita mencukupi dan memastikan kadarnya dan bila hendak buat (laksana).

“Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat, Insya-Allah pada akhir tahun ini. Berapa peratusan kenaikan belum diputuskan dan sedang dikaji,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya di sini, malam tadi.

Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: TH sentiasa ingatkan Jemaah haji patuhi peraturan baharu Kerajaan Arab Saudi
Next: Sultan Selangor perkenan keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih esok  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.