Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan digesa sedia peruntukan kepada BSMM
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerajaan digesa sedia peruntukan kepada BSMM

Utusan Sarawak 4 weeks ago
NAIB Pengerusi PDP Zon Tengah Datuk Teo Boon Siew.

SIBU: Naib Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Zon Tengah Datuk Teo Boon Siew menggesa kerajaan agar menyediakan peruntukan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk menjalankan programnya dalam membantu masyarakat.

Katanya, BSMM gigih menjalankan kempen derma darah dan aktiviti penjualan bendera bagi mengumpul dana yang bukan untuk kegunaan organisasi itu, tetapi adalah untuk membantu masyarakat.

“Usaha organisasi ini (BSMM) amat membanggakan dalam membantu masyarakat.

“Kita boleh lihat melalui kempen derma darah dan juga penjualan bendera, mereka mengumpul dana daripada orang ramai bukan untuk kegunaan sendiri, tetapi untuk memberi kembali kepada masyarakat,” katanya.

PENGERUSI PDP Sibu Jaya Paul Teo.

Beliau turut memuji sumbangan Pengerusi BSMM Cabang Sibu Penghulu Chua Hiong Kee, yang telah mendedikasikan perkhidmatan selama 54 tahun kepada BSMM cawangan Sibu.

“Bukan mudah untuk menjadi sukarelawan yang setia selama bertahun-tahun. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas bantuan dan sokongan berterusan mereka. Tanpa mereka, usaha murni ini tidak akan dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PDP Sibu Jaya, Paul Teo menyeru lebih ramai orang awam khususnya masyarakat Bumiputera untuk menyertai BSMM cawangan Sibu.

“Ini merupakan kali kedua kami menyertai program penjualan bendera BSMM.

“Hari ini, kami melibatkan diri dan menghimpunkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Rukun Tertangga (KRT) untuk menyokong BSMM, kerana kami dalam PDP mengharapkan sokongan lebih besar daripada bumiputera dan masyarakat setempat, tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSMM Sibu cadang tubuh cawangan di kawasan luar bandar
Next: Ahli Majlis tonggak penting pembangunan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.