Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Keputusan positif buka laluan Hakim Danish terima geran KWASN
  • SUKAN

Keputusan positif buka laluan Hakim Danish terima geran KWASN

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif

SEPANG: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu dalam dua kejohanan utama musim ini sebelum layak menerima bantuan menerusi geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif berkata karier pelumba berusia 17 tahun itu memerlukan kos yang tinggi dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan dana termasuk peluang menampilkan beliau sebagai pelumba wild card dalam perlumbaan MotoGP di Sepang.

“Ketika ini, saingan Rookies Cup masih di peringkat awal. Hakim baru sahaja tamat perlumbaan pusingan pertama dan berjaya menaiki podium dua kali. Kami berharap dia dapat mengekalkan momentum prestasi itu sehingga akhir musim.

“SIC juga sedang berusaha mendapatkan dana tambahan bagi membolehkan beliau beraksi di MotoGP Sepang sebagai pelumba wild card,” katanya pada sidang media Malaysia Touring Car Championship di SIC, di sini hari ini.

Menurutnya setakat ini SIC menerima dana kira-kira RM4 juta, namun jumlah itu belum cukup untuk menampung kos keseluruhan penyertaan pelumba berusia 17 tahun itu dalam kejohanan disertainya.

Selain Hakim Danish, SIC juga sedang mengusahakan dana untuk seorang lagi pelumba muda berbakat, Qabil Irfan Azlan.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan Hakim berpeluang menerima geran KWASN sekiranya mencatat keputusan positif dalam dua kejohanan disertainya musim ini iaitu Kejuaraan Dunia Junior GP dan MotoGP Rookies Cup. — Bernama

Continue Reading

Previous: Piala Sudirman 2025: Tembok Besar China terlalu kebal buat Malaysia, tumbang 0-3
Next: Keputusan FIB lanjut tempoh permohonan Lesen Kebangsaan – MFL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.