Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kepulangan pelajar IPT dikawal ketat
  • TEMPATAN

Kepulangan pelajar IPT dikawal ketat

Utusan Sarawak 5 years ago
DAFTAR… Kakitangan KKM melakukan pendaftaran pelajar dan pemasangan tag pemantauan untuk meneruskan kuarantin di rumah masing-masing.

ADENG IDRUS

LAWAS: Kepulangan pelajar Lawas yang menuntut di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kuching, Labuan dan Semenanjung terus dikawal ketat oleh pihak berwajib.

Seramai 36 pelajar tiba di Dermaga Bot Ekspress Lawas daripada Limbang menggunakan bot ekpress sewa khas yang diurus oleh Sarawak Volunteer.

Ketibaan pelajar ini disambut oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, JPAM, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain agensi bertanggungjawab.

Rombongan berikut dijangka tiba ke Lawas daripada Limbang pada 23 Mei 2020.

Manakala kumpulan pelajar daripada Permata yang ditaja balik oleh Yayasan Sarawak juga dijangka balik menggunakan penerbangan daripada Miri.

Pelajar Permata ini berangkat menggunakan penerbangan daripada Limbang ke Miri dan daripada Miri ke Lawas.

Ibubapa pelajar Permata ini menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak atas tambahan sebuah penerbangan bagi sektor Miri dan Lawas.

Sebelum ini, hanya sebuah penerbangan sehari membabitkan destinasi Miri dan Lawas.

Ini telah menimbulkan banyak rungutan, tetapi atas kepekaan pihak kerajaan Sarawak telah berjaya menambah sebuah lagi penerbangan antara kedua destinasi ini.

Namun demikian, jumlah penumpang tetap dihadkan sejajar dengan pematuhan kepada arahan PKPB.

Continue Reading

Previous: Permintaan tinggi buluh lemang
Next: Tiada kenaikan harga ayam sempena perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.