Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kepimpinan aspirasi perkhidmatan terbaik
  • TEMPATAN

Kepimpinan aspirasi perkhidmatan terbaik

Utusan Sarawak 5 years ago
TERBAIK… Dr. Hazland Abang Hipni bergambar bersama jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kampung Muara Tebas dalam dialog Isu-Isu Kampung dan Persiapan Pilihan Raya Kampung Muara Tebas, baru-baru ini.

KUCHING: Kepimpinan yang berkesan adalah mereka yang mempunyai aspirasi dan visi di samping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang diamanahkan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni, untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani, seseorang itu bukan sahaja mempunyai ciri-ciri kepimpinan, tetapi juga boleh menerima pendapat orang lain dan bekerjasama baik dengan semua masyarakat.

“Di peringkat kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah entiti tertinggi yang mana Penghulu atau Ketua Kaum mempunyai ‘kuasa’ dalam membuat keputusan.

Di peringkat kampung juga, pelbagai organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) seperti ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan sebagainya yang bertujuan membangunkan kampung dan menjaga ketenteraman awam.

“Untuk itu, setiap ahli di dalam organisasi tersebut sama ada ketua atau ahli-ahlinya perlu memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan demi kepentingan masyarakat setempat,” katanya dalam Dialog Isu-Isu Kampung dan Persiapan Pilihan Raya Kampung Muara Tebas, baru-baru ini.

Dalam dialog itu juga, Dr. Hazland turut mengingatkan setiap pemimpin organisasi supaya terus menyokong Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Lihatlah apa yang telah dilakukan Kerajaan Sarawak yang terus memberikan pembangunan yang diperlukan rakyat serta memastikan kebajikan rakyat dipelihara,” ujarnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Buka akaun bank untuk mudahkan pembayaran
Next: PKPP: Masih ramai abai SOP?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.