Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kepemimpinan PBB kukuh, lancarkan pentadbiran negeri
  • SEMASA

Kepemimpinan PBB kukuh, lancarkan pentadbiran negeri

Utusan Sarawak 7 months ago

RASMI....Awang Tengah Ali merasmikan mesyuarat agung tiga tahun sekali PBB N41 Kuala Rajang bagi sesi 2024 - 2027 di Dewan IKS Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai kepemimpinan yang kukuh dan stabil, sekali gus melancarkan prntadbiran negeri ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kepemimpinan yang kukuh ini berupaya membantu mengekalkan konsistensi dalam pentadbiran politik Sarawak. 

“Sebagai sebuah parti berpengaruh, PBB dilihat memperjuangkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi Sarawak yang terus menarik sokongan rakyat. 

“Oleh itu, ahli PBB harus memahami dasar dan strategi kerajaan agar mereka dapat memainkan peranan dalam pelaksanaannya dan seterusnya mendapat manfaat sejajar dengan aspirasi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. 

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tiga tahun sekali PBB N41 Kuala Rajang bagi sesi 2024 – 2027 di Dewan IKS Tanjung Manis hari ini.

Dalam pada itu, katanya, setiap ahli PBB Sarawak perlu peka berkenaan perubahan serta memahami aspirasi rakyat. 

“Ia adalah bagi memastikan perjuangan parti ini kekal relevan. 

“Kita berjaya disebabkan oleh kekuatan parti kita….disebabkan itu penting untuk kita mempastikan demi masa depan masyarakat kita, apatah lagi anak-anak kita, apatah lagi kita di kampung, rumah panjang di kawasan pedalaman dan masyarakat Bumiputera,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 71 bahasa pada jambatan perpaduan catat rekod
Next: 473 graduan UPM Kampus Bintulu terima ijazah, diploma pada Konvokesyen ke-48

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.