Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kepemimpinan Abang Johari diiktiraf dunia – Awang Tengah
  • SEMASA

Kepemimpinan Abang Johari diiktiraf dunia – Awang Tengah

Utusan Sarawak 4 months ago

MIRI: Kepemimpiann Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah diiktiraf dunia khususnya dalam pembangunan tenaga hijau dan teknologi terkini. 

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata keupayaan Abang Johari menerajui Sarawak juga mendapat pengiktirafan bank dunia atas pengurusan kewangan yang cemerlang. 

“Saya amat bangga apabila Premier Sarawak kita dijemput memberi ceramah berhubung teknologi moden dan tenaga hijau. 

“Ini telah meletakkan Sarawak di peta dunia dalam aspek teknologi dan pengurusan kewangan, walaupun suatu ketika pernah dikatanya bakal muflis dalam tempoh tiga tahun semasa kerajaaan PH menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan,” katanya pada mesyuarat perwakilan PBB Zon Utara di sini hari ini. 

Awang Tengah yang jug Timbalan Premier Sarawak menyeru agar semua ahli parti untuk terus berdiri teguh bersama kepimpinan Abang Johari. 

Pada masa sama beliau yang juga Pengerusi jawatankuasa perasmian mesyuarat perwakilan cawangan PBB Zon Utara turut menyatakan 12 usul diluluskan untuk dibawa ke Perhimpunan Agong PBB di Kuching bulan depan. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Pemimpin pelapis PBB sudah bersedia – Abang Johari
Next: Ekonomi Sarawak terus kukuh sebab sokongan kuat rakyat kepada GPS – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.