Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kenderaan terjunam gaung, dua beranak maut
  • NASIONAL

Kenderaan terjunam gaung, dua beranak maut

Utusan Sarawak 5 years ago
KENDERAAN pacuan empat roda yang terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera, kira-kira 170 kilometer dari Kuantan meragut nyawa seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan Rabu lepas. • Foto BERNAMA

KUANTAN: Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera, kira-kira 170 kilometer dari sini, Rabu lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintenden  Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar 4.40 petang semasa hujan lebat dan angin kencang.

Mangsa yang maut ialah Siti Zulaikha Rasli, 32, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan Toyota Hilux dan Zaara Aisyah Abdul Rahim yang berada dalam pangkuan ibu angkatnya.

Kemalangan juga menyebabkan adik Siti Zulaikha, Mohamad Nur Rasyid, 26, yang memandu kenderaan itu cedera ringan manakala ibu mereka Anizah Maidin, 52, patah bahu kiri.

“Mangsa dipercayai dari rumah mereka di Felda Triang 1, Bera ke Temerloh semasa kenderaan dikatakan hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkannya menggelongsor kira-kira 30 meter sebelum terjunam ke dalam gaung. 

Mangsa dan anak angkatnya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke  Klinik Kesihatan Bandar 32 di Bera,” katanya semasa dihubungi di sini semalam.

Kamarulzaman berkata, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas setiausaha sulit kanan dituduh rasuah
Next: Tumpu kemenangan PRN Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.