Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kenaikan kes jangkitan, kematian di Argentina
  • GLOBAL

Kenaikan kes jangkitan, kematian di Argentina

Utusan Sarawak 5 years ago
KAWALAN PERGERAKAN… Dua pekerja sedang melalui kawasan se- tinggan di Buenos Aires, Argentina yang dikenakan sekatan pergerakan.

BUENOS AIRES: Argentina me- ngesahkan sebanyak 8,713 kes baharu koronavirus dan 381 ke- matian hanya dalam 24 jam.

Kementerian Kesihatan berkata, peningkatan kes ini berlaku di wilayah lain selepas Argentina me- laksanakan kuarantin di Buenos Aires dan di pinggir-pinggir bandarnya.

Dengan angka terbaharu ini, kes jangkitan koronavirus di Argentina melebihi 350,000, dengan 7,366 kematian setakat ini.

Pengumuman itu dibuat setelah beribu-ribu orang Argentina mengambil bahagian dalam perarakan yang mendesak agar sekatan itu ditarik balik dan aktiviti ekonomi yang terhenti dimulakan semula.

Argentina yang mengalami ke- melesetan ekonomi dalam tempoh dua tahun terakhir ini turut menyaksikan lonjakan pada kadar inflasi dan jumlah kemiskinan yang melambung.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi adalah 57.3 peratus di seluruh negara dan 64.5 peratus di Buenos Aires.

Meskipun begitu, jumlah kes dan kematian di Argentina jauh lebih rendah berbanding Brazil, Chile dan Peru. – AFP

Continue Reading

Previous: Covid-19: Kes jangkitan semula di Hong Kong
Next: Keluarkan vaksin Covid-19 awal, undang kesan buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.