Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kenaikan berterusan harga getah sejak Disember tahun lalu membingungkan peniaga
  • BISNES

Kenaikan berterusan harga getah sejak Disember tahun lalu membingungkan peniaga

Utusan Sarawak 1 year ago
PADA 5.00 petang Jumaat, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 758.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 712.00 sen sekilogram.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah terus membingungkan ramai peniaga dan stokis kerana harga getah berterusan meningkat sejak pertengahan Disember 2023 sehingga kini, kata bekas presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MRGMA), Denis Low.

Beliau memberitahu Bernama bahawa ia agak luar biasa kerana pergerakan harga biasanya akan terhenti seketika apabila monsun berhenti, tetapi sebaliknya harga terus meningkat menjelang musim sejuk ini.

“Beberapa negara pengeluar getah sedang menghadapi cuaca panas dan kering luar biasa. Peralihan keadaan cuaca yang mendadak ini berupaya menjejaskan pengeluaran getah dan boleh menyebabkan daun pokok getah gugur.

“Apabila penoreh getah tidak mampu menanggung cuaca panas di siang hari, ia akan menjejaskan aktiviti menoreh getah dan mengurangkan pengeluaran komoditi ini,” katanya.

Beliau berkata selagi pasaran terus berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan cuaca, pasaran dijangka didagangkan dalam jajaran kecil dengan cenderung untuk menaik.

Pada asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) ditutup rendah 1.0 sen kepada 755.00 sen kilogram pada Jumaat berbanding 756.00 sen pada minggu sebelumnya, manakala susu getah pukal meningkat 17.5 sen kepada 711.00 sen daripada 693.5 sen sebelumnya.

Pada 5.00 petang Jumaat, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 758.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 712.00 sen sekilogram. – Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM mungkin diniagakan rendah minggu depan
Next: Niaga hadapan emas dijangka catat trend menaik minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.