Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemudahan lampu isyarat STILE bantu lancarkan aliran trafik   
  • WILAYAH

Kemudahan lampu isyarat STILE bantu lancarkan aliran trafik   

Utusan Sarawak 8 months ago
PANTAU… Gambar menunjukkan ruangan dalam Pusat Kawalan Lampu Isyarat AI di  Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman bagi memantau aliran trafik secara langsung di Bandar Simanggang.

SIMANGGANG: Kewujudan kemudahan lampu isyarat berkeupayaan kecerdasan pintar (AI) berasaskan sistem ‘Sarawak Traffic Light Intelligence Logistic Excellence’ (STILE) telah memberi impak positif terhadap aliran trafik di sini.

Semenjak kemudahan pertamanya beroperasi di persimpangan pasar raya besar LePaPa Sri Aman pada 13 September lepas, pengurusan trafik dilihat menjadi lebih cekap dan luar biasa berbanding sebelumnya.

Ketua Masyarakat Cina Sri Aman, Temenggong Kueh Aik Seng, menerusi siaran medianya hari ini berkata, kewujudan kemudahan lampu isyarat ini telah memberi pengalaman lalu lintas yang lancar dan selamat dalam kalangan pengguna kenderaan.

“Selain itu, kewujudan kemudahan lampu isyarat STILE yang pertama di simpang jalan masuk LePaPa telah melancarkan aliran trafik pada sambutan Hari Malaysia peringkat Sarawak 2024 dalam bandar ini dari 14 hingga 16 September lepas.

“Saya bersama penduduk Sri Aman amat berbangga terhadap kemajuan besar dalam infrastruktur trafik terbaharu ini dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan kemudahan kemudahan lampu isyarat STILE itu di sini,” katanya.

CANGGIH… Kemudahan lampu isyarat STILE ini adalah yang pertama di Sarawak khususnya Bandar Simanggang dengan empat lagi kemudahan itu bakal disediakan di Sri Aman pada penghujung Oktober nanti.

Kata Kueh lagi, pengenalan sistem STILE pada kemudahan lampu isyarat trafik itu bukan sahaja yang pertama di Sri Aman tetapi juga yang pertama di seluruh Sarawak atau Malaysia Timur.

Jelasnya, STILE memiliki keupayaan canggih untuk menyesuaikan lampu isyarat berdasarkan analisis data trafik secara langsung, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masa menunggu kenderaan terutamanya semasa waktu puncak kesesakan.

“Menurut sumber rasmi, aliran trafik di Sri Aman telah menjangkau sejumlah 15,000 kenderaan sehari dan telah lama memberi tekanan yang besar pengurusan trafik dalam bandar ini.

“Bagaimanapun, dengan adanya penyediaan kemudahan lampu isyarat STILE ini, maka ia menandakan satu langkah penting dalam usaha mempertingkatkan mobiliti bandar dan keselamatan jalan raya di Sarawak,” katanya.

Kueh turut menambah pelaksanaan sistem STILE dalam kemudahan lampu isyarat telah menjadkan jalan raya di Sri Aman menjadi lebih selamat serta cekap di samping menyediakan persekitaran perjalanan yang lebih mudah pada musim perayaan.

“Sistem trafik lama telah menyebabkan pengguna kenderaan mengambil masa 45 minit untuk perjalanan sejauh lima kilometer sebelum kesesakan trafik berjaya dikurangkan sebanyak 25 peratus melalui penyediaan kemudahan baru itu di LePapa.

“Difahamkan empat lagi kemudahan itu akan disediakan simpang Jalan Hollis, Jalan Michael Pilo, Jalan Kampung Muhibbah dan Jalan Brayun dalam bandar ini sehingga penghujung Oktober nanti serta menjadikan lalu lintas di sini lebih lancar,”katanya.

Beliau pada masa sama juga beliau berharap kerajaan dapat menaik taraf jalan utama dari kawasan Temudok ke pusat bandar ini secepat mungkin  untuk mengoptimumkan rangkaian trafik.

“Saya juga mahu menyeru semua penduduk Sri Aman untuk sama-sama menikmati kemudahan lampu trafik STILE ini sambil sentiasa berwaspada di jalan raya, mematuhi peraturan lalu lintas, dan mengamalkan sikap pemanduan yang baik.

“Marilah kita sama-sama mengekalkan persekitaran lalu lintas yang selamat dan harmoni ketika meraikan Hari Malaysia serta bangga dalam menyaksikan Sri Aman menuju ke arah masa depan lebih pintar, selamat, cekap, dan lebih terhubung,” katanya.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja naik taraf Dewan Suarah Marudi perlu disegerakan – Penguang
Next: RM500,000 bina tanjakan pelepasan jeti Kampung Hilir Laut Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.