Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen vaksinasi anjing secara percuma diteruskan
  • WILAYAH

Kempen vaksinasi anjing secara percuma diteruskan

Utusan Sarawak 8 months ago
KAWAL DAN CEGAH RABIES… Kapitan So Teck Kee pada kempen vaksinasi anjing secara percuma di kawasan Pelawan, hari ini.

SIBU: Persatuan Ketua Masyarakat Cina Sibu meneruskan kempen vaksinasi anjing secara percuma di kawasan Pelawan, hari ini.

Pengerusi penganjur, Kapitan So Teck Kee berkata, persatuan itu menganjurkan lapan kempen vaksinasi anjing secara percuma bagi 2024.

“Program pada hari ini adalah yang kelima, terdapat tiga lagi kempen vaksinasi yang akan kita diadakan melibatkan kawasan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Oktober, Bukit Assek pada November dan kawasan Permai pada Disember,” katanya kepada pemberita.

Program anjuran CCK Local dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sibu itu bertujuan memperkukuh pencegahan dan kawalan rabies pada anjing.

Katanya, program itu melibatkan beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“JKKK yang terlibat ialah Kawasan Jalan Pedada, Jalan Merdeka, Jalan Oya, Jalan Berjaya, Jalan Muhibbah & Pearl Garden, Sungai Merah, Ulu Sungai Merah dan Dr. Wong Soon Kai,” katanya sambil memberitahu program itu bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laksanakan pembaikan segera
Next: Bantu bina semula Rumah Spencer Biju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.