Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kempen derma darah berlangsung dua hari mulai esok
  • TEMPATAN

Kempen derma darah berlangsung dua hari mulai esok

Utusan Sarawak 5 months ago
POSTER… Info ringkas berkenaan program derma darah.

KUCHING: Tay Motors bekerjasama dengan Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi menganjurkan kempen derma darah, selama dua hari bermula esok.

Tabung Darah HUS menerusi satu hantaran Facebook berkata kempen derma darah anjuran Tay Motors itu akan berlangsung di Tabung Darah, HUS.

”Kempen tersebut dijadualkan bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang selama dua hari dari 14 hingga 15 Disember ini.

”Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan buku pendermaan jika ada, makan sebelum menderma dan mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya lima jam.

”Bagi yang dah cukup tempoh pendermaan, teruskan menderma darah bagi memastikan stok darah sentiasa di paras yang selamat,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Tabung Darah HUS menerusi hantaran lain memberitahu pihak hospital memerlukan darah jenis O positif (O+) dalam keadaan yang segera.

Bagaimanapun, katanya dalam ruangan komen, pihaknya juga menerima penderma darah lain yang berhasrat untuk menderma darah. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua beradik dapat sinar baharu
Next: ‘Brushes of Joy’, pameran amal hasil karya lapan pelukis disalurkan kepada badan kebajikan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.