Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen derma darah ‘A Gift Of Life’, esok
  • Tengah
  • WILAYAH

Kempen derma darah ‘A Gift Of Life’, esok

Utusan Sarawak 1 month ago
KEMPEN Derma Darah di Delta Mall pada Ahad ini.

SIBU: Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada kempen derma darah ‘A Gift Of Life’ di Delta Mall di sini, esok.

Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Orang ramai yang berjaya menderma darah akan membawa pulang satu kotak mengandungi enam paket beras sihat Haryana 335 gram dan magnet edisi terhad tajaan Liansin

Penganjuran kempen ini adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Mulu pantau pembinaan dua rumah panjang
Next: Prasarana di Rumah Siti Belanda bakal dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.