Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kementerian Perpaduan Negara sasar kenaikan IPNas kepada 0.7 menjelang 2025
  • NASIONAL

Kementerian Perpaduan Negara sasar kenaikan IPNas kepada 0.7 menjelang 2025

Utusan Sarawak 2 years ago
DATUK Aaron Aro Dagang pada program Merealisasi Belanjawan 2024: Memperkasa Agenda Perpaduan Negara terbitan Bernama TV, semalam. Foto: Facebook Aaron Ago Anak Dagang

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan kenaikan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) kepada 0.7 menjelang 2025.

Menteri berkenaan Datuk Aaron Aro Dagang berkata kajian IPNas kali ketiga yang lebih komprehensif akan dimulakan pada tahun depan dan dilaksanakan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Kajian kali ini menjurus kepada empat IPNas iaitu Semenanjung, Sabah, Sarawak dan keseluruhan negara kerana ramai mengatakan bagaimana perpaduan di Sarawak dapat menjadi model untuk dibawa ke Semenanjung.

“Untuk merangkakan model tersebut, kami perlukan statistik. Kalau IPNas mengatakan baik tentang perpaduan di Sarawak, semua faktor yang ada kami (akan) cuba asimilasikan kepada Semenanjung,” katanya dalam program Merealisasi Belanjawan 2024: Memperkasa Agenda Perpaduan Negara terbitan Bernama TV di sini, semalam.

Beliau berkata antara asas pembangunan IPNas adalah penelitian dan pengenalpastian defisit sosial yang melibatkan etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme, ruang bandar-desa dan media.

Kajian pertama IPNas dijalankan pada 2018 yang mencatatkan 0.567 manakala indeks itu meningkat kepada 0.629 pada 2022.

Berdasarkan skala pengukuran IPNas, 0.0 hingga 0.24 adalah tahap lemah, 0.25 hingga 0.49 (rendah), 0.50 hingga 0.74 (sederhana) dan 0.75 hingga 1.00 (tinggi). – Bernama

Continue Reading

Previous: Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005 – Dr Zaliha
Next: Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini pilih Agong Ke-17

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.