Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kementerian Luar laksana proses evakuasi 15 rakyat Malaysia dari Lubnan
  • SEMASA

Kementerian Luar laksana proses evakuasi 15 rakyat Malaysia dari Lubnan

Utusan Sarawak 7 months ago

Penduduk memeriksa kerosakan berikutan pengeboman semalaman Israel di pinggir selatan Beirut, pada 28 September 2024. Foto AFP

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warga asing yang juga pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.

Kementerian dalam satu kenyataan semalam, berkata sembilan rakyat Malaysia sudah meninggalkan negara itu secara sukarela manakala empat lagi memilih untuk terus kekal di Lubnan.

“Empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat ke atas Lubnan.

“Kekejaman rejim Zionis Israel ini secara jelas melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut menekankan adalah penting bagi semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau berkenaan.

“Malaysia bersolidariti bersama Lubnan dan masyarakat antarabangsa untuk mendesak rejim Zionis Israel melaksanakan gencatan senjata segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih dahsyat di Lubnan,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang a/bangsa Kuching baharu: Tiga lokasi dikenal pasti 
Next: Sarawak peruntuk RM22 juta kepada sekolah bantuan Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.