Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kementerian Kesihatan Saudi tawar perkhidmatan maya dalam musim haji
  • KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Saudi tawar perkhidmatan maya dalam musim haji

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEMENTERIAN Kesihatan Saudi tawar perkhidmatan maya dalam musim haji. Foto hiasan.

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi, melalui Hospital Maya Seha, mengumumkan penerusan perkhidmatan perundingan perubatan maya pada musim Haji 1447 Hijrah untuk meningkatkan akses penjagaan kesihatan dan menyediakan bimbingan perubatan tepat pada masanya kepada jemaah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Perkhidmatan itu disampaikan dengan sistem digital bersepadu yang menawarkan perundingan jarak jauh menerusi nombor bersatu 937, aplikasi Sehhaty dan platform X, membolehkan jemaah haji menerima sokongan perubatan tanpa berkunjung ke fasiliti penjagaan kesihatan dan mengurangkan tekanan ke atas kemudahan perubatan di tapak suci.

Kementerian itu memaklumkan perkhidmatan 937 tersedia dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Parsi, Urdu dan Indonesia bagi membantu jemaah dari pelbagai negara.

Aplikasi Sehhaty turut menyediakan konsultasi audio, video dan teks segera, preskripsi elektronik dan keupayaan untuk menyemak laporan perubatan serta keputusan ujian.

Inisiatif berkenaan menyokong sistem kesihatan digital bersepadu yang direka untuk meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan jemaah dengan menyampaikan perkhidmatan yang fleksibel, mudah diakses dan cekap sepanjang melaksanakan haji. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM100,000 tingkat operasi Hospital Umum Sarawak
Next: DUN: Sarawak percepat autonomi kesihatan, dahului RM1.5 bilion bina pusat kanser

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.