Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kembara Hari Malaysia OUM disertai 80 peserta
  • TEMPATAN

Kembara Hari Malaysia OUM disertai 80 peserta

Utusan Sarawak 8 months ago

BERI SOKONGAN… Dato Lo Khere Chiang merakamkan gambar bersama semua peserta konvoi.

KUCHING: Kembara Hari Malaysia 2024 anjuran Pusat Pembelajaran Kuching Open University Malaysia (OUM) dijayakan dengan penglibatan 80 peserta dan 25 kereta, di sini, hari ini.

Konvoi yang bermula dari Pusat Pembelajaran Kuching dan seterusnya menuju ke Damai Central/Kampung Budaya Sarawak itu dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Menurut Pengarah Pusat Pembelajaran Kuching, Hamimah Kipli program itu dijalankan bagi menerapkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga OUM. 

”Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang turut melibatkan masyarakat setempat di destinasi terakhir program Kembara Hari Malaysia ini.

”Program seperti ini adalah penting bagi mengeratkan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara universiti, para pelajar, alumni dan masyarakat setempat. 

”OUM sebagai Universiti Untuk Semua, komited merancang lebih banyak program tangungjawab sosial korporat melalui 35 pusat pembelajarannya di seluruh negara.

”Inisiatif ini perlu berterusan bagi memupuk semangat kerja berpasukan dan hubungan baik antara warga universiti dan komuniti setempat pada jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, katanya, OUM juga berhasrat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan negeri bagi memperkasa pendidikan melalui pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL).

Jelasnya, usaha itu penting bagi merapatkan jurang pendidikan antara penduduk di bandar dan luar bandar.

”Dengan ada ODL, pelajar boleh mengikuti pembelajaran secara maya di mana-mana sahaja.

”Sehubungan itu kerjasama dengan kerajaan negeri dapat memberi peluang bukan sahaja kepada warga kota malah penduduk luar bandar untuk memiliki diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah,” katanya.

Continue Reading

Previous: DBKU, MBKS gabung tenaga adakan perarakan 2025
Next: Lebih 4,000 peserta sertai perarakan Maulidur Rasul di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.