SERENA Williams kembali mempamerkan ‘belang’ dengan meningkatkan kemunculan semula apabila bintang Amerika itu melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam acara beregu kejohanan Antarabangsa Eastbourne bersama pasangannya Ons Jabeur semalam.
Williams dan Jabeur dari Tunisia menewaskan Shuko Aoyama dan Chan Hao-ching 6-2, 6-4 dalam perlawanan suku akhir acara pemanas badan sebelum kejohanan Wimbledon di Devonshire Park.
Serena, juara perseorangan Grand Slam 23 kali, bermain kejohanan pertamanya sejak dia terkeluar dari Wimbledon dengan penuh sebak akibat kecederaan.
Dia pada mulanya kelihatan berkarat dalam penampilan pertamanya selama 12 bulan dalam kemenangan Rabu lepas ke atas Sara Sorribes Tormo dan Marie Bouzkova.
Serena mengakui bahawa dia mempunyai keraguan jika dia akan kembali selepas berehat akibat kecederaannya, tetapi sikap kompetitifnya mengalir lagi dengan Wimbledon semakin hampir.
Sebelum ini dia membuat pengumuman mengejut tentang kepulangannya minggu lalu, khabar angin tentang persaraan telah berkisar di sekelilingnya selama beberapa bulan.
Namun dengan Wimbledon bermula pada 27 Jun, Sarena akhirnya meneruskan kerjayanya.
Dia telah diberikan ‘wildcard’ untuk bermain dalam acara perseorangan di Wimbledon ketika dia memulakan semula bidaan sejarahnya.
Malah, dia juga kurang satu mahkota Grand Slam lagi untuk menyamai rekod 24 gelaran perseorangan dari Australia, Margaret Court dalam kejohanan utama.
Yang terakhir daripada 23 gelaran perseorangan Grand Slamnya adalah pada Terbuka Australia pada 2017.
Sejak itu dia telah tewas empat final Grand Slam, termasuk di Wimbledon pada 2018 dan 2019.
Kali terakhir Sarena memenangi gelaran perseorangan ketujuh dan yang terakhir Wimbledon pada 2016.
Serena, yang menjadi ibu pada 2017, telah menjunam ke tangga 1,204 dalam ranking WTA sepanjang tempoh dia tidak beraksi. – AFP