Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS mahu Taska, Tabika jadi pilihan utama ibu bapa
  • Utara
  • WILAYAH

KEMAS mahu Taska, Tabika jadi pilihan utama ibu bapa

Utusan Sarawak 5 months ago
MEMBURU KECEMERLANGAN… Suzana Wasli bersama Fariyana Ajmain bergambar bersama ibu bapa, guru dan kanak-kanak Tabika KEMAS Pusat Kegiatan C.

LIMBANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Limbang mahu menjadikan kelas Taska dan Tabika sebagai pilihan utama ibu bapa di daerah berkenaan pada tahun ini.
Wakil Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Suzana Wasli memberitahu pihaknya sentiasa mengalakkan kemasukan kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan awal.
“Kita minta masyarakat untuk mendaftarkan anak di kelas Taska dan Tabika KEMAS untuk sesi persekolahan tahun ini ,” katanya pada majlis Penyampaian Hadiah Gabungan Tabika KEMAS Pusat Kegiatan B, C dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang hari ini.
Terdahulu wakil pengerusi Tabika Dayang Mastura Ismail berkata KEMAS Limbang banyak melahirkan permata berharga yang bukan saja diketengahkan di peringkat daerah malah hingga ke peringkat kebangsaan.
Ini melibatkan aspek akademik malah kokurikulum dan sukan.
Mengulas program itu, ia merupakan acara tahunan selari dengan matlamat memotivasikan anak agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Turut hadir, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa N.79 Bukit Kota Fariyana Ajmain.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan semula SK Orang Kaya Mohammad
Next: Jalan runtuh, tujuh rumah panjang termasuk sekolah terputus hubungan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.