Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kemahiran teknologi penentu kejayaan usahawan
  • BISNES

Kemahiran teknologi penentu kejayaan usahawan

Utusan Sarawak 5 years ago
KURSUS TEKNOLOGI… Paulus bersama Jakaria dan penduduk rumah panjang di Rumah Letan Batu Danau.

LIMBANG: Pengetahuan dan kemahiran terkini berhubung peranan teknologi dalam meningkatkan dan mempelbagaikan hasil tani semakin penting dalam menentukan kejayaan usahawan tani semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata golongan petani tidak lagi dapat bergantung kepada kaedah konvensional pertanian.

Justeru beliau menyeru mereka mengambil peluang dalam segala kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian untuk meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Paulus menjelaskan demikian sewaktu merasmikan Agriculture Community Outreach Programme” (AgriCOP) siri empat di Rumah  Letan, Kampung Tinting Melanjan semalam.

“Kemahiran teknologi terkini ini adalah penting bagi memastikan keluarga tani dan peserta mengetahui kaedah yang betul dalam mengeluarkan hasil dan produk tani mengikut standard di pasaran.

Oleh itu kursus yang diadakan adalah tepat dan bersesuaian dengan keperluan keluarga tani di kawasan Batu Danau.

Program AgriCop dilihat sebagai platform membantu keluarga tani dan peserta untuk meningkatkan lagi pengetahuan berhubung kaedah yang betul dalam menghasilkan produk tani berkualiti.

Pada masa sama hasil pengeluaran yang berkualiti dapat menjana pendapatan ekonomi keluarga tani.

Turut hadir, Pegawai Pertanian (Pembangunan) Limbang Jakaria  Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) Kampung Tinting Melanjan Tuai Rumah Letan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Eksport Malaysia dijangka menguncup sederhana 3.5 peratus
Next: MAHB catat kerugian bersih RM91 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.