CHICAGO: Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjang- kit Nasional Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci memberi amaran penggunaan vaksin Covid-19 di ba- wah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) sebelum dibuktikan selamat dan ber- kesan melalui ujian percubaan besar-besaran adalah satu idea yang buruk.
Fauci berkata, ia akan tu- rut memberi kesan kepada pro- ses bagi menguji vaksin yang lain dibangunkan pelbagai pihak, lapor agensi berita Arab News.
Sebelum ini, kumpulan saintis dan pakar kesihatan sudah menyuarakan kebimbangan berkemungkinan Presiden AS, Donald Trump akan memberikan tekanan kepada Pentadbiran Maka- nan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) bagi mempercepatkan pengeluaran vaksin sebelum November yang bertujuan meningkatkan peluangnya dalam pemilihan semula Presiden.
Fauci bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai Trump, te- tapi menekankan terdapat risiko sekiranya ia dikeluarkan secara terburu-buru, walaupun vaksin itu amat diperlukan ketika ini.
“Seperkara yang tidak sewa- jarnya terjadi adalah penggunaan vaksin di bawah EUA, sebelum dapat dibuktikan keberkesanannya.
“Satu daripada risiko jika vaksin pra matang dikeluarkan, ia akan menyukarkan pembabitan orang awam da- lam ujian klinikal membabitkan vaksin lain,” katanya.
Sabtu lalu, Trump melalui Twitternya berkata, FDA se- ngaja melewatkan pengeluaran vaksin dan ubat-ubatan sehingga selepas 3 November bagi menyukarkan la- luannya untuk merebut pe- luang bertanding bagi pemilihan semula Presiden AS.
Dalam perkembangan berkaitan, vaksin yang selamat dan berkesan amat diperlukan bagi mengakhiri pandemik yang sudah mengorbankan 800,000 orang di seluruh dunia dengan 177,000 dari- padanya adalah rakyat AS.- AFP