Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar
  • KEBAKARAN

Keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tengah Kalok, Pusa pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

PUSA: Sebuah keluarga hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tengah Kalok, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kejadian yang berlaku sekitar 9.00 pagi itu bagaimanapun tujuh penghuni yang mendiami rumah itu sempat menyelamatkan diri sebelum api merebak.

Katanya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan daripada penduduk berhubung kebakaran itu sekitar 9.08 pagi dan mengerahkan seramai lapan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Jusmandie Jamaie ke lokasi kejadian.

BOMBA masih memantau sekitar rumah yang terbakar. Foto PGO Bomba Sarawak

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Anggota operasi membuat kerja ‘overhaul’ dengan membentang 400 kaki hos hantar dua pancut pam angkut dan sumber air terbuka dari sungai berdekatan,” katanya.

PGO bagaimanapun berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kebakaran telah berjaya dikawal sekitar 11.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya sekitar 11.24 pagi,” katanya.

Oleh Adi Saparman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Belukar terbakar berjaya dipadam
Next: Kereta pengawal stor musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.