Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keluar/Masuk Sarawak perlu Surat Arahan Rasmi
  • TEMPATAN

Keluar/Masuk Sarawak perlu Surat Arahan Rasmi

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah (tengah) ketika sidang media harian laporan Covid-19 di Bangunan DUN Lama, Kuching.

KUCHING: Semua rakyat Sarawak yang keluar dari Sarawak ke Semenanjung, Sabah

dan Labuan yang mempunyai urusan rasmi sama ada dengan Jabatan Kerajaan mahupun swasta dan balik semula ke Sarawak tidak lebih (dalam tempoh dua hari) dikecualikan dari kuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, bagaimanapun mereka perlu membawa bersama Surat Arahan Rasmi dari Ketua Jabatan dan Majikan.

“Mereka tidak perlu untuk diambil sampel Covid-19.

“Manakala, perjalanan yang lebih dari dua hari, mereka akan diambil sampel dan tidak akan dikuarantin,” katanya semasa sidang media semalam.

Beliau menambah, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) telah membentangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Karaoke Berkonsep Terbuka yang merangkumi perkhidmatan karaoke yang digunakan di Majlis Rasmi dan Sosial, Musik Kafe, dan Bistro dibenarkan beroperasi mulai hari ini (15 Ogos.)

“Hari ini (semalam) sebanyak 1,074 jumlah kenderaan telah melalui sekatan jalan raya antara zon (1 dan 2) yang telah diadakan di dua lokasi iaitu di Daerah Simunjan dan Sri Aman.

“Daripada jumlah tersebut, 1,067 daripadanya telah mendapat kebenaran dan tujuh telah diarah berpatah balik kerana tidak memiliki surat kebenaran,” kata Uggah.

Tambah Uggah, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 42 notis kompaun kerana tidak mematuhi SOP.

“Notis kompaun yang telah dikeluarkan adalah di Bintulu (20), Padawan (10), Kota Samarahan (5), Limbang (3), Kuching (1), Miri (1), Betong (1) dan Sarikei (1),” katanya.

Continue Reading

Previous: Tiga ditahan terlibat judi atas talian
Next: Sarawak negeri termaju 10 tahun lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.