Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kelongsong ketupat peniaga Cina ‘licin’
  • BISNES
  • WILAYAH

Kelongsong ketupat peniaga Cina ‘licin’

Utusan Sarawak 2 months ago
UNIK… Voon mempromosikan kelongsong ketupatnya yang dijual di Tamu Muhibbah, Miri.

MIRI: Kelongsong ketupat sangat laris terutamanya pada saat-saat akhir menjelang hari lebaran.

Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Voon, 30, berkata kelongsong ketupat laris terutamanya pada saat-saat akhir menjelang perayaan Aidilfitri.

Justeru, dia tidak melepaskan peluang membantu ibunya menganyam kelongsong ketupat di pasar berkenaan. Walaupun berketurunan Cina, Voon mahir membuat kelongsong ketupat kerana mempelajarinya daripada ibu sejak kecil.

“Saya mempelajari teknik menganyam ketupat daripada ibu dan sering mengikutinya berniaga di sini sejak bangku sekolah lagi.

“Antaran kelongsong ketupat yang saya anyam ialah ketupat segi tiga, ketupat bawang, ketupat sate dan lain-lain,” katanya.

Jari-jemari Voon begitu pantas menganyam kelongsong ketupat sehingga mampu menyiapkannya hanya dalam tempoh kurang lima minit.

Sementara itu, kelongsong ketupat dijual pada RM2 untuk lima biji.

OLEH LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Misi buru Sang Bedal berjaya
Next: Orang ramai teruja guna Jambatan Batang Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.