Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kelam Carbut Belia jadi platform belia tonjol bakat keusahawanan
  • TEMPATAN

Kelam Carbut Belia jadi platform belia tonjol bakat keusahawanan

Utusan Sarawak 12 hours ago
PROGRAM Kelam Carbut Belia.

KUCHING: Program Kelam Carbut Belia anjuran Pergerakan Belia Tupong terus membuktikan peranannya sebagai platform pembangunan belia apabila berjaya membuka lebih banyak ruang kepada golongan muda menonjolkan bakat dalam bidang keusahawanan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, program yang memasuki penganjuran kali keenam itu menyaksikan peningkatan memberangsangkan apabila penyertaan vendor belia meningkat daripada sekitar 20 orang pada penganjuran pertama kepada 49 vendor pada malam ini.

Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan semakin ramai belia melihat program berkenaan sebagai medan terbaik untuk memasarkan produk serta membina keyakinan sebagai usahawan.

PROGRAM Kelam Carbut Belia.

“Program ini bukan sekadar ruang untuk berniaga, malah mendidik belia mengenai keusahawanan serta memberi peluang kepada mereka mengembangkan bakat dalam bidang tersebut.

“Ramai belia sebenarnya mempunyai bakat, tetapi tidak mempunyai platform untuk mengetengahkannya. Sebab itu Pergerakan Belia Tupong mengambil inisiatif menyediakan ruang ini dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kelam Carbut Belia N.6 Tupong, di Kubah Ria, di sini, malam tadi.

PROGRAM Kelam Carbut Belia.

Fazzrudin berkata, penganjur hanya menyediakan platform pada peringkat awal, manakala peserta perlu berusaha mengekalkan perniagaan masing-masing supaya terus berkembang.

“Saya hanya membantu sekali sahaja. Selepas itu mereka perlu berdikari. Alhamdulillah mereka berjaya mengekalkan perniagaan masing-masing melalui pendapatan yang diperoleh dan terus mengembangkan usaha mereka sehingga program ini semakin mendapat sambutan.

“Saya juga dimaklumkan ada dalam kalangan mereka yang mula memperoleh keuntungan. Saya nasihatkan supaya sebahagian daripada keuntungan itu disalurkan semula kepada masyarakat melalui pelaksanaan program-program kemasyarakatan di kampung,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan jumlah vendor dan kehadiran pengunjung dari bulan ke bulan turut membuktikan program itu semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Daripada bulan Januari hingga Jun, penyertaan vendor telah meningkat hampir dua kali ganda. Saya juga melihat banyak penambahbaikan dilakukan dan jumlah pengunjung semakin ramai pada setiap penganjuran,” katanya.

Menurut beliau, Program Kelam Carbut Belia akan diteruskan sebagai acara berkala dengan kekerapan penganjuran akan diperincikan oleh Pergerakan Belia Tupong bagi memastikan lebih ramai belia berpeluang memanfaatkan platform tersebut.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Hubungan baik Sarawak-Persekutuan perlu terus diperkukuh demi kepentingan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.