Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kekalkan prestasi terbaik
  • SUKAN

Kekalkan prestasi terbaik

Utusan Sarawak 4 years ago
BARISAN pemain Sri Aman FA giat menjalani latihan di Kompleks Sukan Sri Aman semalam sebagai persiapan menentang Sarikei FA, Sabtu ini.

PENGURUS pasukan Sri Aman FA, Awang Putrayusrie Awang Redzuan tidak mahu anak-anak buahnya dibuai dengan kemenangan sebaliknya mengekalkan prestasi terbaik untuk mengharungi laluan berliku dalam saingan Liga Bola sepak SSC-FAS musim ini.

Kejayaan meraih tiga mata sulung selepas menewaskan Kapit FA 1-0 dalam aksi pertama Sabtu lalu, sebaliknya perlu dijadikan titik tolak kebangkitan dan suntikan semangat kepada skuad tersebut.

Bagaimanapun, beliau ternyata gembira dengan pencapaian para pemainnya yang mula menampakkan persefahaman dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap.

“Semua pemain menunjukkan suatu persembahan yang terbaik dan mereka layak bagi mendapatkannya (kemenangan). Kita mengawal keseluruhan permainan selain mencipta banyak peluang biarpun hanya berjaya menghasilkan satu jaringan.

“Ia juga sudah pasti akan meningkatkan tahap keyakinan dan moral kami untuk terus lakukan yang terbaik pada perlawanan seterusnya selepas ini,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Apapun, Awang Putrayusrie mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan mereka itu, sebaliknya memberi sepenuhnya fokus kepada perlawanan kedua mereka menentang Sarikei FA pada 3 April (Sabtu) ini.

“Saya harap semua pemain sudah bersedia menghadapi cabaran Sarikei FA, dan saya percaya jika pemain bermain mengikut pelan yang sudah dirancang oleh ketua jurulatih (Sufian Ibrahim, Ramos Sari dan Ramles Sari), saya yakin kami mampu memberikan tentangan yang sengit sekali gus memungut tiga mata seterusnya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengakui masih terdapat kelemahan di beberapa posisi terutamanya di bahagian serangan dan berharap pemain segera memperbaiki setiap kesilapan itu.

“Masih banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki selepas ini. Ia penting kerana saya tidak mahu ia merencatkan persembahan pemain untuk perlawanan kedua nanti,” tambahnya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: MEDAN PEMAIN BERBAKAT
Next: PELUANG PENALTI DIPERSIAKAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.