Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kekalkan keunikan Pesta Bintangor
  • WILAYAH

Kekalkan keunikan Pesta Bintangor

Utusan Sarawak 3 years ago

BERAMAH MESRA.... Datuk Ding Kuong Hiing beramah mesra dengan penduduk Bintangor yang hadir pada Pertandingan Nyanyian Lagu Iban sempena Pesta Bintangor 2022.

BINTANGOR: Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Iban sempena Pesta Bintangor 2022.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Jumaat.

Dalam pada majlis tersebut, Datuk Ding merakamkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong atas jemputan bagi Pertandingan Nyanyian Lagu Iban sempena Pesta Bintangor 2022.

Beliau berkata Keunikan Pesta Bintangor malam itu harus dikekalkan disebabkan kerana kaum Cina dan Melayu sama-sama meminati lagu Iban.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)nanti adalah amat penting kepada semua hadirin.

“Jika mempunyai seorang wakil rakyat Parlimen GPS Sarikei akan dapat membantu pembangunan infrastruktur di kawasan Meradong dan Sarikei.

“Dana peruntukan juga akan bertambah untuk menaik taraf prasarana di kawasan rumah panjang, Kampung Melayu dan Perumahan Cina di Daerah Meradong,” ujarnya lagi.

Beliau turut berharap semua hadirin tidak mengira di mana kawasan parlimen dan berharap semua akan memberi sokongan penuh kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRU ke-15 kelak.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Teng Ung Woo, Pengerusi Persatuan Tuan-Tuai Rumah Daerah Meradong Ngipa Anding, Pemanca Agan Luat serta tetamu yang lain.

Continue Reading

Previous: IKMAS anjur Program Menyemai Bakti
Next: Jualan bunga laris menjelang All Souls Day

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.